J3fry
Dilahirkan sebagai Mohammad Jeffry Bin Abu Hassan pada 12 Manrch 1987 di Butterworth, Seberang Prai Utara, Pulau Pinang. Anak tunggal, , berketurunan Melayu. Ayahku orang Penang manakala emakku Bulit Siput Segamat. Masa mengandungkan aku, emakku mengidam air soya tapi tatau pasal apa aku anti gan air soya juga.
Mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas Kampung Kastam ketika berusia 6 tahun dan seterusnya memasuki Sekolah Kebangsaan Rompin sebelum dicalonkan sebagai Ketua Darjah 1 Hijau. Turun pangkat sebagai Penolong Ketua Darjah sebelum dinaikkan pangkat semula kepada Ketua Darjah ketika Darjah 3 hingga 5.
Berpindah ke Pelabuhan Klang pada hujung tahun 1998 kerana mengikut ayah. Memulakan persekolahan di sana di Sekolah Kebangsaan Pelabuhan Utara sebagai Ketua Kelas dan pengawas sekolah ketika Darjah 6. Selepas UPSR dengan keputusan 'bolehlahhh', melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Jemaah sehingga tamat pengajian pada penghujung 2005 dengan memegang jawatan Pengawas selama 5 tahun berturut-turut.
Kini, masih lagi menuntut di semester akhir dan menanti untuk menjerit kegembiraan untuk menamatkan pengajian pada 7 Disember ini dari UNISEL. Hahahaha....
0 Responses

Post a Comment