J3fry
salam buat semua teman yg mengenali diriku ni...
sudah sekian lama aku tidak melayari blog yg tak seberapa bagus berbanding dgn ciptaan Allah...
kali ini sku nak berkongsi kisah yg melanda diri ku dan sahabatku sebelum menempuhi final exam yg akan bermula esk...
segala perjelasan perlu dijelaskan sebelum kite pergi.walaupun kite tidak pernah ader niat untuk menyakitkan hati sahabat kite sendiri, tapi apakah daya kuasa Allah yg telh memisahkan kami bertiga, saya nuruti segala ketuntuan ilahi....
tapi kesian sy tgk sahabat sy lagi seorg dy salah sorg mangsa keadan yg telah disakiti..tapi apakah daya hanya tgl sy utk tmpt luahnye...
sedih + sakit hati + terkilan...
segala2nya akan berakhir...
Read more
J3fry
Salam...
buat semua teman yg mengenali diriku nie..mintak maaf sekian lama kau tidak dapt mencoretkan sesuatu di dalam halaman yg begitu cantik ini.
sejak kebelakangan ini aku sibuk dgn kerja MPP n study aku maklum lah dah final semester mesti byak kerja...pada semester ini aku hanya mengambil 3 subjek tetapi 3 subjek bagaikan 6 subjek begitu ssh sgt.biasalah library science perlu membanyak membaca lagi2 subjek cataloguing yg org selalu takut bile mempelajari.bahkan salah seorg lecturer sy klu kita tgl 1 kelas hancur subjek tu,kita tgu jer lah utk pglan next semester.huhuhuhu...sdh tak............

dalam sibuk stdy ttb sy dikejutkan dgn sebuah berita yg begitu sedih hingakan sy tidak dpt menumpukan perhatian sepuhnya dlm stdy sehinggalah sy balik kmpg... selepas balik kampg setelah melihat ayah ku yg dulu gagah tu telah lemah jatuh ke atas katil hospital yg org ramai tidak suka itu..

ok sampai dsini sahaja coretan sy buat kali nie..klu ader jodoh kite jumpe lagi ok...
Read more
J3fry

Salam kepada semua sahabat...dengan kesempatan ini saya ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki sekiranya selama kite berkawan terkasar bahasa ke....dan saya ucapkan SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLfItRi kepada semua....daripada sahabatmu..j3fry..

Read more
J3fry

Salam kepada semua sahabat...dengan kesempatan ini saya ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki sekiranya selama kite berkawan terkasar bahasa ke....dan saya ucapkan SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLfItRi kepada semua....daripada sahabatmu..j3fry..

Read more
J3fry


Ramai orang2 bercita-cita untuk berjaya tapi enggan melakukan apa yg orang berjaya lakukan. Jika ditanya apakah impian hidup yg mereka diinginkan, dgn tangkas mereka alan menjawab serta memberikan pelbagai impian termasuk impian untuk kahwin.wajah mereka begitu yakin dan bermaruah disebaliknya mereka tidak sedikit pun sedang berada di paksi yang betul untuk mencapai apa yang diangan2kan selama ini.

Yang lebih teruk ada yg bercita-cita besar tapi tidak pernah berusaha dan beriman dengan cita-citanya sendiri.Tak yakin dengan apa yang dia inginkan. Cita-citanya hanyalah berfungsi untuk mengisi
borang peribadi pelajar ataupun sebagai jawapan jika rakan2nya bertanya.

Setiap jawapan yg akan dikeluarkan atau dilontarkan seketika bertanyakan apakah impian anda?

1.saya ingin menjadi manusia yang berjaya.

2.saya ingin mencapai cita-cita saya.


Malah mereka tidak mengerti apa maksud kedua-dua jawapan yg dilontarkan selama ini..Barulah kita tahu bahawa kata-kata Manusia Berjaya dan Cita-Cita itu hanya retorik untuk menyedapkan hati sahaja... Mereka sebenarnya tidak mempunyai matlamat hidup mereka...
Read more
J3fry

Salam pemanis kata pembuka bicara...
mintak maaf sudah lama hati ini tidak menconting di dalam kertas putih yang di ibaratkan seperti bayi yg baru lahir ke dunia....
Kian lama mempinggirkan diriku kini aku telah menjelma didalam setiap diri sahabat2ku...
tajuk kali ini bukan sedih tapi pedih..huhuhu....
kini ku di tahun akhir pengajian ku yang kini membawa byk cabaran untuk diriku menamatkan pengajian..pada sem ini hanya 3 subjek bukan mudah untuk target tapi senang untuk gagal..ini pepatah yg selalu aku dgr dari mulut senior yg telah menamatkan pengajian pada sem Mei 2009/2010. Aku perlu tekun untuk menjadi seorang pembaca yg diimpikan oleh ayah dan mak aku...ini semua untuk mereka serta demi masa demiku....
Read more
J3fry
Setiap individu yang berfikiran waras dan matang haruslah sentiasa bersedia dan kehadapan dalam isu-isu memilih pimpinan ini, mengenal seseorang pemimpin melaui sikap,kecenderungan dan kekuatan pemimpin itu haruslah menjadi salah satu resepi bagaimana seseorang individu menilai bakal pemimpin yang mereka inginkan. Tidak kira siapapun, kita diberi kelebihan masing-masing, samada kita diberikan kuasa selaku pemimpin, kita harus adil kepada diri sendiri dan orang dibawah kita, samada kita selaku orang yang dipimpin kita punya hak untuk menjadi rakyat yang matang dan profesional dalam menilai pemimpin kita.

Darisegi pemilihan pemimpin ada yang mengatakan kita harus memilih pimpinan yang benar-benar mengikut ciri-ciri sejati dan “Perfect”, ada pula yang berpendapat seseorang pimpinan itu haruslah bijak pandai dalam pelajaran dan ada pula yang berpendapat pemimpin itu dipilih kerana hubungannya dengan rakyat bawahan serta macam-macam lagi kaedah yang begitu subjektif untuk kita membenarkan ia sebati dan sempurna bila diadun. Silap menilai untuk memilih pemimpin yang terbaik seringkali menjadi kesalahan utama buat kita. Kesannya cukup-cukup terasa bila anda berada disisi pimpinan. Inilah kesilapan yang benar-benar membuatkan sesebuah organisasi itu hancur bersilih ganti, bila “warisan” ini dikekalkan dan diturunkan ia tidak mampu menjanjikan sesuatu perubahan, malah ia “menjanjikan” satu keadaan yang amat kucar-kacir.

Kerana simpati dan menjaga dasar-dasar persahabatan yang ikatannya yang dikatakan lebih dari saudara, kita sanggup menggadai kepentingan sosial yang jauh lebih utama untuk difikirkan dan dek kerana kemahsyurannya, kita kehilangan dan seolah-olah buta melihat manusia lain yang jauh lebih berbakat dan dek kerana secubit jasa yang kita pernah terima, kita tertutup minda untuk menilai pimpinan yang kita pilih dengan lebih mendalam.
Read more
J3fry
Tatkala awan kelabu mula mundur untuk pulang ke kamar peraduan,sepasang pipit comel masih menari mengikut lagu hatinya. Kelihatan bayu malam seakan tidak sabar-sabar untuk keluar berjalan. Fahri masih leka dibelai angin petang yang berpuput lembut menghempas pipinya. Sepasang matanya masih tak berkelip memandang ke arah langit. Ya,hidup ini umpama langit, bisik hatinya. Langit tak selalunya cerah. Dan dia akur andai hidup ini tak akan selalunya indah. Sejenak, mindanya menayangkan kembali video rakaman hidupnya lima tahun lepas. “Fahri ,asal nama ayah kau Abdullah? Bukan ke orang panggil ayah kau Pak Leman,” tanya Badrul.”Ye lah fahri. Asal ek? Entah-entah kau bukan anak Pak Leman,” ujar Rizal dalam nada menyindir diiringi gelak tawa teman-temannya. Saat itu,Fahri cuba memekakkan telinga. Dia tepu,jemu dengan sindiran teman-temannya terutama Rizal. Persoalan mereka sebentar tadi dibiarkan tergantung tanpa jawapan. Lantas, Fahri meneruskan latihan matematik yang diberikan oleh cikgu Latifah. Di satu sudut di hujung kamarnya, Fahri diam membatu. Dirinya seakan mengiyakan persoalan Rizal. Walaupun dia masih belum sepenuhnya mengerti akan semua itu,tapi naluri ingin tahu yang menjalar dalam hatinya mendesak dia untuk bertanya pada ayahnya segera. Lantas,dia menuju ke arah Pak Leman yang asyik membelek akhbar. “Ayah, tadi ada kawan fahri tanya kenapa dalam buku Fahri nama Fahri bin Abdullah bukan Sulaiman? Bukan ke nama sebenar ayah Sulaiman?”Seketika Mak Leha berhenti melipat kain. Berdebar menanti reaksi dan tindakan suaminya. ”Hmm,Fahri, kawan-kawan Fahri mungkin tak tahu kalau ayah Fahri ada dua nama.” Tersenyum Mak Leha.Lega.Boleh ke seorang tu ada dua nama? Fahri masih belum berpuas hati.Hmm,boleh. Mari duduk atas riba ayah sayang,bacakan surat khabar ni untuk ayah,Fahri kan dah pandai membaca,mata ayah pedih la, pujuk Pak Leman untuk mengalihkan perhatian Fahri. Pak Leman mengeluh kecil. Bimbang rahsia akan terbongkar,tapi sampai bila? fahri berhak untuk mengetahuinya. Mungkin belum tiba masanya,fikir Pak Leman.
Dalam menongkah arus kehidupan di dunia yang serba mencabar,acap benar ujian bertandang tanpa diundang. Untuk itu,kita perlu sentiasa bersedia,iman kalau sekadar setebal kulit bawang,mana mungkin dapat digapai walau segenggam tabah. Fahri akur,dia perlu tahu ynag dirinya perlu menjadi seperti pohon,tetap menghasilkan buah walau dibaling dengan batu. Dan dia cuba menghadiahkan segaris senyuman pada teman-teman yang masih menghinanya,namun dia tidak setegar itu. Mereka perlu tahu, disebalik senyum palsu itu,hati Fahri terluka.Dia tidak mahu membebankan hati kedua orang tuanya. Kerana Fahri sedar,bukan setitis pengorbanan dan kasih sayang Pak Leman dan Mak Leha kepadanya. Fahri umpama sebutir mutiara yng bersinar dalam keluarganya. Fahrilah harapan mereka, Fahrilah jantung hati mereka kerana fahri satu-satunya anak mereka. Daun-daun kering yang berguguran walaupan sehelai, semuanya berlaku dengan izin Allah.
Suasana nyaman itu agak tenang dan mendamaikan. Namun Fahri merasakan hatinya membahang. Memikirkan persoalan yang entahkah wujud atupun tidak jawapannya. Remaja asyik berbicara tentang cinta. Bagi mereka cinta satu kemestian. Melihat teman-teman umpama belangkas kehulur ke hilir demi sesaat kepuasan? Adakah menunggu natijah dan bala baru merasakan keinsafan? Umur baru setahun jagung, hingus masih dilap ibu, sudah pandai bermain api cinta. Apa salah ke,kolot ke mereka yang tidak bercinta?Hidup dalam kelompok masyarakat yang akhlak, Fahri harus bijak menilai sesuatu. Manusia memang susah menerima nasihat. Pantang ditegur,mulalah mencerakinkan satu–satu persatu kelemahan orang itu demi menunjukkan bukan dia sahaja yang melakukan kesalahan. Memang benar andai setiap manusia tidak pernah terlepas daripada menelan duri kesilapan dalam kamus hidup. Kalaulah manusia memiliki prinsip seperti padi, makin berisi makin tunduk, pasti semua masalah dapat diuraikan kekusutannya.

“Eh!Fahri, kau tak payah la susah-suasah nak nasihat aku.
Aku tahulah jaga diri aku. Apa kau bimbang aku jadi macam mak kau?”
Ujar Lina dalam nada menyindir.”Mak aku? Kenapa dengan mak aku?”
Soal Fahri kebingungan.”Eleh buat-buat tak tahu! Dasar anak luar nikah!”Pang!
Satu tamparan hebat hadiah daripada fahri atas ucapan Lina.”Soal maruah diri aku, kau jangan nak main-main! Apa,kau ingat kau..."Fahri tak dapat menahan kata-katanya. Dia sebak lantas mengambil beg dan terus pulang.
Fahri masih dibayangi dengan peristiwa tiga hari lepas. Hatinya tidak tenang. Jiwanya resah. Selesai subjek Sejarah, Fahri pulang agak lewat sedikit kerana dia perlu membersihkan kelas. Bimbang dia terlewat kerana jarak rumahnya dengan sekolah bukanlah dekat. Ketika asyik mengemas meja guru,dia terasa bahunya dipegang oleh tangan seseorang. Lantas sepantas kilat dia memalingkan badannya. Tangan itu menjalar ke pipinya. Fahri cuba untuk menjerit,namun terhalang seakan kerongkongnya tersumbat.”Ala,rilek Fahri.Ini ringan-ringan je.” ”Binatang kau!” Fahri meludah tepat ke arah muka lelaki tersebut lantas bergegas mengambil beg untuk pulang. Kerja membersih kelas dibiarkan separuh jalan. Sambil mengesat mukanya dengan tisu yang tersedia diatas meja guru, dia menjerit:”Eh anak luar nikah! Sedar diri sikit! Kau tu bukannya suci sangat!”Dia masih lagi trauma dengan kalimah anak luar nikah! Seakan terngiang-ngiang kalimah itu dicuping telinganya.
Baru tadi dia memastikan nama ibu pada sijil kelahirannya berbeza dengan nama yang tertera pada kad pengenalan Mak Leha. Tahulah dia bila dipastikan ayahnya yang bernama Abdullah, segalanya terjawab. Benarlah anggapan dan omelan teman-temannya. Kebetulan Pak Leman baru memasuki rumah seselesai berjemaah di surau. Lantas Fahri menuju ke arah Pak Leman dan memeluk ayahnya seeratnya. Mak Leha bergegas ke ruang tamu tatkala mendengar tangisan anak emas mereka.Fahri menatap mata ayahnya. ”Ayah,jujurlah dengan Fahri.Siapa Fahri sebenarnya ayah?Katakanlah ayah,Fahri bukan anak luar nikah! Fahri bukan anak pungut ayah.”Pak Leman beristighfar. Mengucap. Tergamam. Mak Leha duduk di atas kerusi .
Sebak.Terlalu sedih. Hatinya masih belum bersedia untuk kehilangan Fahri. Fahri seakan orang yang terkena histeria. Masih terkejut dengan rahsia yang baru terbongkar.”Jadi,Rizal tu……,dan lebih tepat penghulu kampung itu adalah...."Pak Leman menggangguk walaupaun ayat itu tidak penuh kerana dia seakan dapat membaca fikiran anaknya itu. Fahri masih sedih. Dia masih belum dapat melelapkan mata walau jam telah menunjukkan tepat jam tiga pagi. Persoalannya telah terjawab. Namun dia hilang kepercayaan kepada penghulu. Dimana sikap kepimpinan seorang ketua andai dia membuang cucunya sendiri. Inilah masyarakat yang mengheret sama anak yang tak berdosa ke lembah kemaksiatan bersama ibu bapa mereka. Meskipun mereka semua tahu,andai diberi pilihan,lebih baik tiada daripada ada. Lahir daripada rahim ibu yang memperjudikan hidup dengan setitis nafsu bersama kaum Adam di lembah hina. Namun Fahri nekad,walau apapun terjadi,dia tak akan meninggalkan Pak Leman dan Mak Leha meskipun Fahri tahu siapa keluarganya yang sebenarnya.
Dua minggu berlalu,ketika kelas matematik riuh rendah apabila seorang anggota polis datang mengetuk pintu. Selepas berbicara dengan cikgu Latifah,kelihatan penghulu yang datang dari arah pejabat terus menerkam ke arah Rizal kerana tuduhan memperkosa Lina,teman sekelasnya. Fahri menatap sayu mata insan yang sepatutnya tapi tak selayaknya dipanggil datuk. Dia sedar,semakin tinggi kemajuan,makin lupus ketamadunan .Kuasa dan pangkat menjadi manusia lupa diri. Lantas demi menjaga nama baik keturunannya,Fahri “dijual” pada pasangan yang berhati mulia untuk menerimanya. Meskipun seakan tidak percaya, Rizal adalah adik kandung pada insan yang telah meminjamkan rahimnya untuk melahirka aku ke dunia. Tidak hairanlah ada yang bertanya,adakah mereka kembar? Rupanya ada rahsia yang tersirat disebalik iras wajah yang tersurat. Dan mereka yang telah menjadikanya telah dihukum buang daerah hampir 15 tahun lepas dan tak dibenarkan pulang ke kampung ini.

Hari ini…Ya,Rizal kita tetap saudara. Apa yang terjadi kepada Lina dan Rizal benar-benar memberi keinsafan kepada Fahri dan teman-temannya. Pasti ada hikmah disebalik ujian. Jangan tika ditelus duga kita goyah, tika diberi nikmat kita alpa. Dan Fahri perlu untuk menghadapi kenyataan siapa dirinya sebenarnya. Pada insan yang tak layak ku gelar bapa,meninggalkan aku tanpa bicara,moga hidayah Allah membimbingmu sebelum maut menjemput. Pada ibu yang tak kutahu dimana berada,meskipun payah menerima siapa aku,yang dilahirkan tanpa diundang,terima kasih. Andai kalian tahu,betapa deritanya aku yang dilahirkan dari setitik nafsumu yang diladungi dosa kemaksiatan, pasti kalian masih tidak mampu untuk menjernihkan kembali kolam hati yang berlumpur kesedihan.Dan andai diberi kesempatan,dia ingin bersalam dan menzahirkan segalur penghargaan pada seorang insan yang sudi menerima kehadirannya selama 9 bulan di dalam laman rahim seorang wanita.Biarlah yang lepas itu adalah sejarah. Esok adalah masa depan…………
Read more
J3fry
DEC 199.. Lahirlah aku ke dunia ini. Setelah sembilan bulan mak mengandungkan aku, akhirnya aku memijak di bumi ini. Aku ditatang bagai minyak yang penuh oleh kedua-dua ibu dan bapaku. Lagipun, aku merupakan putera sulung dalam keluargaku. Sudah semestinya kelahiranku amat diraikan.Aku masih ingat, ketika aku masih kecil, aku suka bergambar. Aku akan terus berdiri tanpa berganjak sehingga ayahku merakam fotoku. Jika tidak, aku akan merajuk sepanjang hari. Aku amat bertuah kerana mak dan abah tidak pernah lupa mengadakan sambutan menyambut tahun kelahiranku setiap tahun. Pening jugak mereka melayan kerenahku yang selalu menginginkan pelbagai jenis koleksi anak-anak patung. Abahku akan mengadakan beberapa jenis permainan bagi memeriahkan lagi suasana sambutan tersebut. Ditambah pula hidangan makanan yang disediakan sendiri oleh ibuku yang sememangnya pakar di dapur. Segalanya amat sempurna!Dalam menjalani kehidupan dalam sebuah keluarga yang hanya mempunyai bilangan ahli keluarga yang kecil, hubungan aku dan keluarga amat rapat. Aku merupakan anak tunggal yang manja. Ayahku seorang yang amat kelakar walaupun dari segi fizikalnya amat berlawanan sekali. Ibuku pula seorang yang agak garang tetapi penyayang orangnnya.Pernah suatu ketika, aku hanya ditemani oleh ibu. Aku sedang menonton rancangan yang berbentuk drama dari kaca televisyen. Drama tersebut menceritakan tentang seorang anak yang kehilangan ibunya. Aku terus memeluk ibuku dan bertanyakan bahawa adakah ibuku akan meninggalkanku jua suatu hari nanti. Ibuku menjawab bahawa setiap yang hidup pasti akan meninggalkan dunia ini juga suatu hari nanti. Air mataku tidak dapat terus bertakung. Suatu hari, aku dikejutkan bahawa ibuku dimasukkan ke hospital ketika aku pulang dari sekolah. Susah untukku terangkan bagaimanakah perasaanku ketika itu. Setibanya aku di hospital bersama pak ngahku, ayahku segera memelukku. Perasaanku berasa amat takut untuk mendengar tentang khabar ibuku. Aku tidak dapat melawat ibuku pada malam tersebut tetapi melihat keadaan ayahku, aku berasa takut untuk menduga.Kira-kira pada pukul 5.00 pagi, aku mendapat panggilan menjemputku ke hospital dengan segera. Ketibaanku di hospital disambut dengan tangisan daripada nenekku serta ahli keluargaku yang lain. Pada pagi itulah, aku dapat melihat ibu. Hati anak manakah yang tidak terusik melihat ibunya sedang terbaring lemah tanpa sedarkan diri? Dengan ditemani oleh salah seorang ibu saudaraku, aku dibawa melihat ibu. Keadaan ibu yang dikelilingi oleh pelbagai jenis wayar amat menyayat hati. Aku melangkah lemah dan mencium kaki ibu. Air mataku mengalir tanpa dapat kutahan lagi.. Sudah menjadi rutin harianku untuk melawat ibu pada setiap hari. Aku melihat abah tidak lekang berada disisi ibu. Aku tahu bahawa abah turut bersedih melihat keadaan ibu tetapi dia tidak pernah menunjukkan kesedihannya di hadapanku agar aku tidak terus menangis.Kadang-kala, aku berasa berat hati untuk melawat ibu. Bukan kerana bosan mahupun letih, tetapi aku tidak sanggup melihat ibu terlantar di atas katil dengan tidak sedarkan diri.. Keadaan ibu tidak pernah kukongsikan kepada sesiapa kecuali beberapa orang teman rapatku setelah mereka menyedari akan ketidak hadiranku di sekolah.Sebenarnya, aku lebih lebih suka berkongsi kegembiran bersama-sama mereka tetapi bukan kesedihanku. Tetapi, aku berasa terharu dengan keprihatinan mereka setelah dikhabarkan tentang ibu. Dorongan yang tidak putus-putus kuterima daripada mereka amat memberi kekuatan kepada diriku..
Hari demi hari berlalu sehingga pada suatu hari, aku mendapat panggilan daripada ayahku agar segera ke hospital kerana keadaan ibuku semakin tenat. Hati diulit rasa resah dan ingin segera tiba di hospital. Bagiku, perjalanan ke Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang pada hari tersebut merupakan perjalanan yang paling lama memakan masa bagiku. Disepanjang perjalanan juga, ayahku menelefonku memberitahu bahawa ibuku dalam semakin tenat dan pernafasan ibu semakin lemah. Aku tahu, ketika itu ayah sebenarnya ingin memberitahuku supaya tabah dan bersedia kerana ibu akan meninggalkanku buat selama-lamanya..Walaupun aku ditenteramkan oleh ibu saudaraku, tetapi air mataku tetap mengalir dengan lajunya.. Tiada apa lagi yang berada dalam kotak fikiranku ketika itu kecuali ibu. Akhirnya aku tiba di hospital. Tetapi, malangnya ibu telah pergi menghadap Ilahi sebelum sempat kumenemuinya. Tidak dapat kugambarkan perasaanku ketika itu. Rasanya seperti duniaku telah menjadi sunyi dan gelap gelita..

Kini, 2009 Aku menjadi seorang insan yang semakin tabah mengaharungi liku-liku hidup bersama mereka yang masih menyayangi diriku dan sentiasa bersamaku. Aku percaya bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersirat di sebaliknya. Bukan simpati atau belas kasihan yang kuinginkan, tetapi aku hanya ingin berkongsi pengalaman hidupku ini bersama semua.Sayangilah ibu dan bapa anda. Sesungguhnya, syurga adalah dibawah tapak kaki ibu dan tiada siapa yang dapat mengganti tempat mereka. Bagi mereka yang telah melaluinya, jadilah anak yang soleh dan solehah serta sentiasa mendoakan mereka yag telah tiada. Semoga mereka
ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..


Terimalah cerpen yang x serberapa yg bagus seperti penulis yg bertauliah..heheheh
Read more
J3fry
SENYUMKU TAK SEGHAIRAH DULU..TAWAKU TAK SEKUAT DULU..GERAKKU TAK SELINCAH DULU..TIDURKU TAK SENYENYAK DULU..SEGALANYA TAK SEINDAH DULU.. KINI KU MENITI HARI DENGAN KESUNYIAN,KESEPIAN,KEMURUNGAN, KESURAMAN.. HARI-HARIKU DITEMANI AIR MATA, MEMIKIRKAN HARI-HARI INDAH YG PERNAH AKU LALUI BERSAMA DIA..KINI TIADA LAGI, IANYANYA BERLALU BEGITU CEPAT, DATANG BAGAI ANGIN, BERLALU TANPA KU SEDAR... AKU KINI BAGAI TERSUNGKUR, TAK BERMAYA MENERUSKAN HIDUP..WALAU SENYUMAN KU CUBA UKIR, NAMA AIR MATA BERGENANG JUA BILA KU MEMIKIRKANNYA.. AKU CUBA BINA KEKUATAN...TAPI ENTAH DARI MANA AKU HARUS BERMULA..AKU TAK BERDAYA..KINI AKU KESEORANGAN LAGI.... DETIK2 MANIS BERSAMANYA MASIH SEGAR DIINGATANKU WALAUPUN KINI HANYA TINGGAL BAYANG-BAYANGNYA BERMAIN DI FIKIRAN KU..TAK SENTUH TAK DAPAT DI PEGANG...SEMOGA AKU DIBERI KEKUATAN MENGHADAPI HARI-HARI YANG TERLALU SULIT INI..HANYA TITISAN AIR MATA PENEMAN SETIA KU.....
Read more
J3fry
Buat temanku diluar sana… Bukan dikau seorang pernah meluahkan perasaan sedih kerana cinta, bukan juga kau seorang pernah melahirkan rasa gembira kerana dicintai dan bukan juga kau seorang pernah meluahkan perasaan kerana kesunyian.. Aku tidak kisah andai aku dijadikan tempat berkongsi perasaan hati sesiapa pun. Dengar sini, aku juga pernah sekali merasa derita dan aku mengambil masa terlalu lama untuk melepaskan semua itu, aku juga pernah menangis kerana kesunyian menghambat diri. Aku juga pernah rasa bahagia kerana dihargai dan disayangi. Namun sejak musim yang lalu, Aku lebih sayangkan diri ku sendiri. Betapa lama aku lupa yg aku juga ada hati yg perlu dijaga dan disayang. Kerana hanya diri kita saja kenal siapa dan apa kemahuan kita. Sebenarnya ramai juga rakan2 yang membantu. Berilah peluang untuk diri sendiri merasa bahagia.
Ambil masa untuk menganggap sesuatu kepayahan itu satu ujian yg mematangkan kita. Buang la kebencian di dalam hati, insyaAllah jalan di hadapan penuh kebahagiaan, penuh keberanian… Bukan sahaja cinta tapi juga dalam persahabatan… Hidup ini akan lebih bermakna jika begitu. Lakaran hatimu dengan cinta. Mungkin kita marah, tapi sedar atau tidak. Pernah tak kita takut kalau Allah marah pada kita apabila kita pernah melupakannya kerana cinta yang lain? Ataupun kita membuat sesuatu yang nyata salah. Cuba kita ambil semula apa yang ibu dan ayah kita selalu ingatkan atau guru-guru kita dahulu.
“Tetapi boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, tetapi ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu tetapi ia tidak baik bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
Maafkan aku.. Aku sayangkan kamu dan kamu semua… Jangan salahkan aku. Cuba kita bilang berapa ramai yg sayang pada kita berbanding yg membenci? Pasti akan dapat jawapannya. Sesungguhnya anggaplah derita, bahagia, kecewa, kesunyian dan semuanya adalah salah satu ujian dari Allah untuk mematangkan kita. Ada dua orang sahabat yang amat aku hormati yg kini bersama aku menuntut di Universiti. Mereka adalah sahabatku yang selalu disisiku tiap kali diriku ini melanda kegembiraan mahupun kesedihan mereka tetap di sisiku….
Peringatan untuk aku juga. Sebab aku juga kadang-kadang penuh dengan kealpaan. Lupa dan leka… Aku rasa setakat ini dulu aku bicara tentang cinta dan persahabatan.. Sahabat-sahabat ku sekalian, walauapapun yg terjadi… Hiduplah dengan cinta dan persahabatan Kerana cinta dan sahabat itu terlampau besar pengertian dan ujungnya…
Selepas ini aku akan berehat seketika semula. Cuma situasi semasa membuatkan diriku memberontak menulis sesuatu seketika.Ada beberapa perkara ingin aku ceritakan di sini…Maaf andai ada yang tidak setuju, tidak suka atau sebaliknya. Ia sekadar pandanganku sebagai seorang teman, teman yg sayangkan temannya yg lain. Namun aku sedar aku juga lakaran pengalaman, namun tidak berguna andai aku tidak menulis di sini sedangkan hatiku benar-benar inginkan tulisan ini dihadiahkan buat kamu dan kamu semua....Wasalam...
Read more
J3fry
“BILA KAU LETIH & HILANG SEMANGAT, ALLAH TAHU BETAPA KAU TELAH MENCUBA SEDAYA UPAYA…BILA TANGISANMU BERPANJANGAN DAN HATIMU KEDUKAAN, ALLAH TELAH MENGIRA TITISAN AIR MATAMU…BILA KAU RASA KETINGGALAN & MASA MENINGGALKANMU, ALLAH SETIA DI SISI MU…BILA KAU TELAH MENCUBA SEGALA TAPI TIDAK TAHU TUJUAN,CARILAH ALLAH KERANA DIA ADA JALAN PENYELESAIAN…& BILA SESUATU YANG TAK BERERTI BERLAKU KEPADAMU,KELIRU & KECEWA KETAHUILAH BAHAWA ALLAH ADA JAWAPANNYA…CARILAH DIA DAN SUJUD KEPADANYA…”
Read more
J3fry
1) Apa orang kata tentang aku :.
- ada daya tarikan yang tersendiri.
- pemalu, sensitif, sopan santun dan penyabar.
- prihatin, berfikiran terbuka, memperbaiki kelemahan diri.
- cepat dan mudah menyesuaikan diri.

2)Interaksi aku dengan orang :.
- menerima pandangan / tunjuk ajar orang lain.
- mengutamakan kebenaran dalam apa jua sekalipun.
- bebas, tak suka dikongkong dan diganggu.
- berkawan, menambah kenalan.
- membantu orang (terutama keluarga dan rakan).

3)Masa terluang :.
- menonton filem / drama (cerita seram, romantik & percintaan).
- mendengar muzik, menulis (cerpen & novel..ops blm abis lagi...).
- membaca novel
- menenangkan fikiran dengan berehat, bersantai.

4)Yang aku gemari :.
- bertindak dengan bersebab.
- merancang masa depan.
- mengimbau memori lama (sambil dengar sinar FM, Era & Hot FM).
- bersama rakan baik.

5)Yang aku benci :.
- janji kosong, mungkir janji.
- bersendiriantanpa sebab.
- 'Stereotype' (benda yang sama).
- Kepalsuan, kepura-puraan.
Read more
J3fry
Dilahirkan sebagai Mohammad Jeffry Bin Abu Hassan pada 12 Manrch 1987 di Butterworth, Seberang Prai Utara, Pulau Pinang. Anak tunggal, , berketurunan Melayu. Ayahku orang Penang manakala emakku Bulit Siput Segamat. Masa mengandungkan aku, emakku mengidam air soya tapi tatau pasal apa aku anti gan air soya juga.
Mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas Kampung Kastam ketika berusia 6 tahun dan seterusnya memasuki Sekolah Kebangsaan Rompin sebelum dicalonkan sebagai Ketua Darjah 1 Hijau. Turun pangkat sebagai Penolong Ketua Darjah sebelum dinaikkan pangkat semula kepada Ketua Darjah ketika Darjah 3 hingga 5.
Berpindah ke Pelabuhan Klang pada hujung tahun 1998 kerana mengikut ayah. Memulakan persekolahan di sana di Sekolah Kebangsaan Pelabuhan Utara sebagai Ketua Kelas dan pengawas sekolah ketika Darjah 6. Selepas UPSR dengan keputusan 'bolehlahhh', melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Jemaah sehingga tamat pengajian pada penghujung 2005 dengan memegang jawatan Pengawas selama 5 tahun berturut-turut.
Kini, masih lagi menuntut di semester akhir dan menanti untuk menjerit kegembiraan untuk menamatkan pengajian pada 7 Disember ini dari UNISEL. Hahahaha....
Read more
J3fry
CINTA adalah ibarat air. Kita sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan ia akan menjadi ombak yang akan mengumbang-ambingkan hidup kita, jika ia ibarat air di kutub utara-selatan maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita, jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkan kita ke muara, jika ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah kita berulang-ulang ke bawah, jika ia ibarat air tasik yang tenang membiru maka kita dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya. Maka jenis air manakah yang kita inginkan… Carilah mata air yang suci lagi murni…walaupun keluar sedikit demi sedikit tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk sahaja. Bibir manusia terlalu mudah melafazkan cinta tapi dapatkah hatinya setia pada kita?… Manusia tidak dapat lari dari bercinta kerana kehadiran cinta itu lazimnya tanpa diundang dan tanpa diharap. Hanya insan itu sahajalah yang dapat menilaikan adakah dirinya sudah bersedia menerima cinta itu atau tidak. Cintai jangan sesekali dihampiri jika tidak sanggup menanggung risikonya. Cinta sememangnya indah kerana kita hidup dalam khayalan. Cinta sememangnya unik kerana kita asyik diulit mimpi yang indah-indah belaka. Apabila perpisahan mendatang barulah kita tersentak dari lamunan. Kemudian kita akan sedari cinta hanyalah permainan nafsu yang membawa kesengsaraan dan penderitaan yang amat menyeksakan.Meskipun kesalahan atau kesilapan itu boleh dimaafkan tetapi janganlah berbicara sampai menyakiti dan menyinggung hati orang lain kerana kemaafan itu bukanlah pengubat hati yang terluka kerana hati yang terluka itu tetap akan terluka.
Read more