J3fry
Buat temanku diluar sana… Bukan dikau seorang pernah meluahkan perasaan sedih kerana cinta, bukan juga kau seorang pernah melahirkan rasa gembira kerana dicintai dan bukan juga kau seorang pernah meluahkan perasaan kerana kesunyian.. Aku tidak kisah andai aku dijadikan tempat berkongsi perasaan hati sesiapa pun. Dengar sini, aku juga pernah sekali merasa derita dan aku mengambil masa terlalu lama untuk melepaskan semua itu, aku juga pernah menangis kerana kesunyian menghambat diri. Aku juga pernah rasa bahagia kerana dihargai dan disayangi. Namun sejak musim yang lalu, Aku lebih sayangkan diri ku sendiri. Betapa lama aku lupa yg aku juga ada hati yg perlu dijaga dan disayang. Kerana hanya diri kita saja kenal siapa dan apa kemahuan kita. Sebenarnya ramai juga rakan2 yang membantu. Berilah peluang untuk diri sendiri merasa bahagia.
Ambil masa untuk menganggap sesuatu kepayahan itu satu ujian yg mematangkan kita. Buang la kebencian di dalam hati, insyaAllah jalan di hadapan penuh kebahagiaan, penuh keberanian… Bukan sahaja cinta tapi juga dalam persahabatan… Hidup ini akan lebih bermakna jika begitu. Lakaran hatimu dengan cinta. Mungkin kita marah, tapi sedar atau tidak. Pernah tak kita takut kalau Allah marah pada kita apabila kita pernah melupakannya kerana cinta yang lain? Ataupun kita membuat sesuatu yang nyata salah. Cuba kita ambil semula apa yang ibu dan ayah kita selalu ingatkan atau guru-guru kita dahulu.
“Tetapi boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, tetapi ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu tetapi ia tidak baik bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
Maafkan aku.. Aku sayangkan kamu dan kamu semua… Jangan salahkan aku. Cuba kita bilang berapa ramai yg sayang pada kita berbanding yg membenci? Pasti akan dapat jawapannya. Sesungguhnya anggaplah derita, bahagia, kecewa, kesunyian dan semuanya adalah salah satu ujian dari Allah untuk mematangkan kita. Ada dua orang sahabat yang amat aku hormati yg kini bersama aku menuntut di Universiti. Mereka adalah sahabatku yang selalu disisiku tiap kali diriku ini melanda kegembiraan mahupun kesedihan mereka tetap di sisiku….
Peringatan untuk aku juga. Sebab aku juga kadang-kadang penuh dengan kealpaan. Lupa dan leka… Aku rasa setakat ini dulu aku bicara tentang cinta dan persahabatan.. Sahabat-sahabat ku sekalian, walauapapun yg terjadi… Hiduplah dengan cinta dan persahabatan Kerana cinta dan sahabat itu terlampau besar pengertian dan ujungnya…
Selepas ini aku akan berehat seketika semula. Cuma situasi semasa membuatkan diriku memberontak menulis sesuatu seketika.Ada beberapa perkara ingin aku ceritakan di sini…Maaf andai ada yang tidak setuju, tidak suka atau sebaliknya. Ia sekadar pandanganku sebagai seorang teman, teman yg sayangkan temannya yg lain. Namun aku sedar aku juga lakaran pengalaman, namun tidak berguna andai aku tidak menulis di sini sedangkan hatiku benar-benar inginkan tulisan ini dihadiahkan buat kamu dan kamu semua....Wasalam...
0 Responses

Post a Comment