J3fry


Ramai orang2 bercita-cita untuk berjaya tapi enggan melakukan apa yg orang berjaya lakukan. Jika ditanya apakah impian hidup yg mereka diinginkan, dgn tangkas mereka alan menjawab serta memberikan pelbagai impian termasuk impian untuk kahwin.wajah mereka begitu yakin dan bermaruah disebaliknya mereka tidak sedikit pun sedang berada di paksi yang betul untuk mencapai apa yang diangan2kan selama ini.

Yang lebih teruk ada yg bercita-cita besar tapi tidak pernah berusaha dan beriman dengan cita-citanya sendiri.Tak yakin dengan apa yang dia inginkan. Cita-citanya hanyalah berfungsi untuk mengisi
borang peribadi pelajar ataupun sebagai jawapan jika rakan2nya bertanya.

Setiap jawapan yg akan dikeluarkan atau dilontarkan seketika bertanyakan apakah impian anda?

1.saya ingin menjadi manusia yang berjaya.

2.saya ingin mencapai cita-cita saya.


Malah mereka tidak mengerti apa maksud kedua-dua jawapan yg dilontarkan selama ini..Barulah kita tahu bahawa kata-kata Manusia Berjaya dan Cita-Cita itu hanya retorik untuk menyedapkan hati sahaja... Mereka sebenarnya tidak mempunyai matlamat hidup mereka...
0 Responses

Post a Comment